3 Petua Mengubati Sakit Mata

Posted by Unknown at Rabu, Mac 10, 2010
Memiliki sepasang mata yang sempurna merupakan satu anugerah tak terhingga kurniaan Tuhan kepada kita. Melaluinya juga kita berpeluang menyaksikan pelbagai panorama indah di muka bumi ini. Justeru, kita mestilah bersyukur dan sentiasa memelihara kesihatan mata agar ia sentiasa dapat berfungsi dengan baik.

Gambar Hiasa - Hargai Kesihatan Mata Anda


Maka sehubungan itu, andainya anda mengalami sakit mata, terdapat 3 petua yang boleh dicuba. Antara bahan-bahan utama yang anda perlukan adalah daun bunga melati, daun sirih serta daun sirih muda. Ketiga-tiganya kaedah penggunaannya akan saya sertakan sebentar saja lagi. :)


Kaedah Pertama:

1. Ambil beberapa helai daun bunga Melati (Melur).

Daun Bunga Melati
Daun Bunga Melati - wikimedia.org


2. Bersihkan daun tersebut dan tumbuk ia sampai lumat.

3. Setelah lumat, tampalkannya pada bahagian kening anda.

4. Lakukannya setiap hari. Pastikan anda menggantikannya dengan daun melati yang baru setiap kali mengulangi proses no.1 hingga 3.


Kaedah Kedua:

1. Ambil beberapa helai daun sirih yang masih muda.

foto daun sirih
Foto daun sirih


2. Bersihkannya dan ramas daun sirih tersebut sampai hancur.

3. Rendamkan daun yang telah hancur tadi ke dalam bekas berisi air panas.

4. Kemudian, biarkan ia terendam sehingga air panas tadi bertukar menjadi suam-suam kuku.

5. Setelah itu, tapiskan air rendaman tersebut dengan menggunakan sehelai kain bersih ke dalam satu bekas yang lain.

6. Akhir sekali, rendamkan mata anda ke dalam bekas tersebut sambil mengelipkan mata berulang kali.

Kaedah ini boleh diamalkan setiap hari sehinggalah mata anda sihat.


Kaedah Ketiga:

1. Ambil beberapa helai daun sirih.

2. Bersihkan ia dan kemudian rebus daun sirih tadi sampai mendidih. Jangan lupa tambahkan sedikit garam ketika anda merebusnya.

3. Setelah mendidih, dinginkan air rebusan tersebut terlebih dahulu.

4. Seterusnya, tapiskan air rebusan yang telah dingin ke dalam sebuah bekas lain dengan menggunakan kain putih.

5. Akhir sekali, kelip-kelipkan kelopak mata anda ke dalam bekas berisi air rebusan daun sirih yang telah ditapis tadi.

Anda boleh lakukan cara ini sebanyak 3 kali sehari. Buatlah sehingga sakit mata anda beransur pulih.


Selamat Mencuba!

22 komen on "3 Petua Mengubati Sakit Mata"

Tanpa Nama berkata...

kenapa kaedah 3,langkah ke 4 kena tapiskan dgn kain putih...klu ngn kain wrna len tak boleh ka?

oktant on Februari 09, 2012 7:34 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Saya kurang pasti apa sebabnya. Maaf ya.

Tanpa Nama berkata...

kalau sakit mata sebab ketumbit cara yg sama ke?

oktant on Februari 28, 2012 5:57 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Kalau ketumbit, sy cadangkan awak berjumpa dgn doktor utk dapatkan antibiotik.

Slps letak antibiotik pd ketumbit tu, tuam pd bhgn tersebut dgn kain yg telah direndam dgn air suam.

Buat 3 kali sehari selama 7 hari berturut-turut utk meredakan kelenjar yg tersumbat di kelopak mata.

Harap ia membantu.

Tanpa Nama berkata...

kalu matanya merah disebabkan memakai contact lens boleh ker? sekarang ni matanya menjadi sensitif apabila kena habuk.

oktant on Mac 17, 2012 1:42 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Boleh cuba. Mudah-mudahan mata awak pulih seperti biasa. Amin.

tuan hasrul hakim bin tuan hakimi on Mac 24, 2012 2:38 PG berkata...

yang bertnya mcm2 soaln tu mcm bodoh sgt nmpknya sbb diguna kain putih supaya tiada unsur warna kimia yang akan msk kedlm air sirih td..dn sebab utama ialah esok kau mampus pun kain kapan warna putih juga so ada phm

Tanpa Nama berkata...

kalau sakit mata lepas mewelding tu mcmn??

oktant on April 02, 2012 12:56 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Kalau ada bahan-bahan dah ada, awak boleh cuba.

Tapi kalau tiada bahan-bahannya, terus jumpa doktor saja. Esok lusa legalah mata awak.

Tanpa Nama berkata...

Kalau eyesore atau sore eyes macam mane pulak

Tanpa Nama berkata...

erm , kalau bernanah kat dalam bahagian bawah mata , macam mana nak hilangkan ?

Tanpa Nama berkata...

kat umah sayer x der semua jenis bhnn nie..rmh sayer rmh pangsa.jadi ader cara lain tak slain cara nie dan jumpa doc

oktant on Julai 11, 2012 4:33 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Beberapa bulan kebelakangan ini, saya amalkan titiskan air zam-zam ke dalam mata.

Dalam sehari, saya titiskan 3 titik ke setiap sebelah mata dan lakukannya 2-3 kali.

Alhamdulillah, keadaan mata sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Boleh cari air zam-zam di farmasi berdekatan. Harganya dalam RM10-RM15. Bergantung kepada jumlah kandungan dlm ml.

Tanpa Nama berkata...

kalau mata terkelip2 pula kenapa?

oktant on Julai 13, 2012 3:06 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Sebenarnya saya pun kurang pasti apa puncanya.

Pun begitu, awak boleh titskan mata dengan air zam-zam. Niatkan agar mata awak sembuh seperti sediakala.

Saya doakan moga awak berjaya.

Tanpa Nama berkata...

ramuan y ditambahkan garam itu tdk membhyakan mata ke?
mksdnye ada sde effct x?

oktant on Julai 18, 2012 11:21 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: InsyaAllah ia tidak akan memudaratkan mata awak.

Tanpa Nama berkata...

Skit mata tiba2... kalau air yassin boleh tak??

Tanpa Nama berkata...

Kalau mata masuk habuk camne pulak? pakai kain putih bersama air basuh tangan bole tak? agak2 mujarab x?

oktant on Disember 13, 2012 9:55 PG berkata...

@ Tanpa Nama:

- InsyaAllah boleh. Kalau ada, boleh juga gunakan air zam-zam.

- Dalam kes awak, rasanya basuh dengan air biasa pun boleh.

Kalau boleh, awak gunakanlah air zam-zam. :)

Tanpa Nama berkata...

kalau mate x merah cume bengkak dan skit di keliling mata...mcm mne nk wat

Tanpa Nama berkata...

Jgnla tanya soklan bengap

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez